Welcome to my blog :)

rss

Friday, February 26, 2010

Lagenda pekan Pusa..

Aku berkesempatan singgah  di Kampung Pusa baru-baru ini .Teringat pula nak membeli ikan terubok tapi salah waktu pula.Maklumlah Pusa ni memang terkenal dengan ikan terubok yang sangat sedap isinya berbanding ditempat-tempat yang lain. Menurut penduduk kampung musim terubok hanya terdapat sekitar bulan jun hingga Ogos tiap2 tahun.

Replika ikan terubok

Seperkara yang aku suka dengan pekan  Pusa ini, walaupun ianya hanya sebuah perkampungan yang kecil tapi cukup meriah dengan kunjungan dari penduduk kampung yang berdekatan.Terutamanya pada musim-musim cuti dan hujung minggu.Agaknya nak cari ikan-ikan segar untuk dibawa balik kot.Jangan tak tau pulak.. Pusa ini merupakan sebuah perkampungan nelayan yang aktif dengan aktiviti menangkap ikan dan menariknya juga kampung Pusa ni ada lagenda tau! Lagenda seorang puteri bernama Dayang Isah Tandang Sari.Walaupun kisahnya taklah popular berbanding dengan lagenda Mahsuri tetapi ada sedikit persamaan dengan dua watak ini.



Papan tanda ke makam..

Kedong dah pegi tek(kata orang swak) ikan terubok pun tak dapat aku dan suami mengambil keputusan untuk menziarah makam Dayang Isah Tandang Sari ni.Teringat masa aku kecil, arwah datuk pernah bercerita mengenai kecantikan puteri yang dipercayai berketurunan kerabat Brunei.Orangnya sangatlah cantik, berambut panjang mengurai. kulit pula putih melepak sampai boleh nampak bebayang air pinang menuruni celah leher dia kalau makan sirih.Itu kata datuk akulah..Sebenarnya aku tidak tahu sangat kisah sang puteri ini.Banyak sangat versi yang aku dengar.Hanya orang tua-tua seangkatan dengan atuk aku yang tahu.Malangnya banyak diantara mereka telah meninggal dunia....
Makam Dayang Isah Tandang Sari

Sebelum sampai ke makam Dayang Isah  terdapat dua lagi makam bersejarah iaitu makam Dato Godam Ibnu Bendahara Harun berketurunan kerabat Diraja Brunei merupakan tokoh yang bertanggungjawab membuka daerah Pusa ini. Manakala satu lagi adalah makam ayahanda Dayang Isah iaitu Pengiran Temenggung Abdul Kadir Ibnu Pengiran Sidewa Maharaja yang juga berketurunan Brunei. Difahamkan kerajaan Brunei pernah sekali sekala berkunjung ke makam ini dalam usaha mereka menjaga makam tersebut memandangkan kedua tokoh ini merupakan tokoh penting dalam sejarah kesultanan Brunei.

Depan: Makam Pengiran Dato Godam
Belakang: Makam Pengiran Datuk Abdul Kadir

2 comments:

  1. Saya ingin tahu berapa orang adik beradik dengan Pengiran Temenggong Abdul Kadir bin Pengiran Sidewa Maharaja dan siapakah warisnya yang tinggal Pusa? Trm ksh.

    ReplyDelete
  2. Adakah tidak nama Pengiran Jumaat bin Pengiran Sidewa Maharaja di kawasan Saribas?

    ReplyDelete